Hai,
Ape pendapat kau orang terhadap girl/boy yang menunjukkan bahawa beliau sangat-sangat menyayangi & mencintai pasangan masing..? Adakah perlu perkataan SANGAT-SANGAT itu..?Or kita boleh buang perkataan SANGAT-SANGAT itu..?
Aku baru je baca blog seorang hamba Allah ni. Blog tersebut menceritakan tentang kisah C.I.N.T.A mereka.. Suka duka kehidupan bersama, padahal baru je 3 bulan couple.. Belum kahwin lagi ok..~! Aku bukan nak mengutuk hamba Allah ni ke ape, cuma nak bagi nasihat kepada beliau dan diri sendiri, bahawa, apabila kita ber C.I.N.T.A ni, jangan la SANGAT-SANGAT... Hati kita orang perempuan ni, senang sensitif dengan benda-benda yang remeh.. Ya! Aku mengaku, aku memang sensitif dengan benda-benda yang remeh, sebab tu, nasihat diriku untuk kawan-kawan yang lain, kalau nak BERKASIH SAYANG tu, tak payah nak SANGAT-SANGAT laa.. Takut kecewa di kemudian hari. Then, bila dah kecewa di kemudian hari, terfikir nak buat-buat benda BODOH plak seperti ehem2,korang paham-paham sendiri la ye..
Update: Baru baca blog hamba Allah ni juga. Entry terbaru : PUTUS.. See.. Putus, pastu mencarut nak bunuh diri la pulak.. Kau kene ingat weyh, kau tu ada mak bapak lagi. Takkan sebab putus CINTA je nak bunuh diri. BODOH la tu namanya. Sekian.
p/s: Ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang saya sayang.




