Ini ape..? VIRUS ke...??

Ce tengok anak panah tu

Ape ni sebenarnya..?Virus ke...? Takut plak nak tekan.. 2-3 kali jugak la dapat chat macam ni daripada orang yang berbeza...SO..?

JAWATAN KOSONG

Jawatan kosong-pest control technician

Buyer insepro sdn bhd 19 Jan 13:14. List-ID: 8339934Manage


Pest-control Technician diperlukan SEGERA!! (Ampang)

- Kelayakan:Minimum SPM.
- Tidak memerlukan pengalaman.
- Sekurang-kurangnya mempuyai lesen B2.
- Mempunyai motosikal sendiri.
- Berdikari, aktif, berdaya usaha,dan sanggup menghadapi cabaran dan tekanan.

Untuk temuduga:
Sila hubungi: Puan Azmawati
: 03-42952807

Petua Nak Hilangkan Bau Kaki

Assalamu'alaikum...

Hahaha... Entry kali ni, aku nak cerita pasal petua nak hilangkan bau kaki.. Sebab ape tibe2 nak cerita pasal petua ni pulak.. Tadi, Boss aku cerita, Adam bukan nama sebenar mempunyai masalah bau kaki YANG SANGAT DASYAT ok..hahaha... Jadi, beliau pun cerita pada isteri beliau.. Isteri beliau membagi petua ini:

Amik beberapa biji limau purut. Gosok limau purut tersebut di celah-celah kaki yang bebau itu... Selamat mencuba....!!!!

Tunggu Ape Lagi...?

Wanita dibunuh, anak perempuan ditikam


JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 43 tahun terbunuh manakala anak perempuannya cedera ditikam di Kampung Sri Rendang Baru, Tampoi, kira-kira jam 3 petang tadi.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata suspek lelaki berusia dalam lingkungan 30-an berjaya ditahan sepasukan polis sejurus selepas kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan dan bedah siasat.Menurut Ruslan, buat masa ini, polis masih menyiasat motif serangan, namun tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada samun.

p/s: Jom belajar silat kawan-kawan.....

Petua Tradisional - Menghilangkan Kelemumur


Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Tsunami Jepun

Assalamu'alaikum...

Hari Jumaat yang lepas, DUNIA telah dikejutkan dengan berita Tsunami di Jepun.. Apa-apa pun layan la gambar kat bawah ni... Bersyukurlah anda tinggal di Malaysia....











KOSMO - Tak ada cerita lain ke nak buat berita...?

Lu orang fikir la sendiri....

ZACK MEMANG POWER

Assalamu'alaikum...

Gua nak bagitahu lu orang la.. Gua memang saspek la dengan lu Zack.. Macam mana lu boleh post gambar kat facebook, then dengan kadar masa selama 8 minit je, lu boleh kumpul 54 comment dan 200++ like.. Kalau gua post gambar eskerem tu, belum tentu wa boleh kumpul 5 bijik komen pun.. Hahahahaaaa....

Sila kelik kat gambar untuk tumbesaran

Aku Menyesal Khawin

Assalamu'alaikum..

Hari ni. Cik Ita ade terbaca satu kisah...Nah..

Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!


(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)

Soooo sweet... I like... sumber-sini

LIKE

Assalamu'alaikum... Hai.. Dah, macam-macam fesyen orang like status kat fesbuk sekarang ni.. Ni contoh-contohnya...


1. Semua pelajar....


Kami daripada.....
Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor
Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang
...
Universiti Teknologi Malaysia(UTM), Johor
Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang (dulu KUKTEM)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kuala Lumpur
Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan (dulu KUIM)
Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor
Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu (dulu KUSTEM)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor (dulu KUiTTHO)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka (dulu KUTKM)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis (dulu KUKUM)
Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu (Kini UniSZA)
Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur (dulu ATMA)

Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra, Kedah
Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas, Kelantan
Politeknik Kuching, Kuching, Sarawak
Politeknik Port Dickson, Si Rusa, Negeri Sembilan
Politeknik Kota Kinabalu, Kota Kinabalu, Sabah
Politeknik Shah Alam, Shah Alam, Selangor
Politeknik Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor
Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, Pulau Pinang
Politeknik Kota, Melaka, Balai Panjang, Melaka
Politeknik Kota, Kuala Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar Utara
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman
Sekolah Menengah Kebangsaan Putra
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Puan Muda Tengku Fauziah
Sekolah Menengah Kebangsaan Sanglang
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad

TADIKA Perpaduan Kampung Alor Bakong
TADIKA Kemas Taman Pelangi
TADIKA Kemas, Kampung Attaduri
TADIKA Pelita, Taman Langkap Jaya
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI)

Majlis Pewakilan Pelajar (MPP)
Ketua Pegawas
Ketua Pegawas Pusat sumber
Ketua Kelas
Penolong Kelas
AJK Kelas
Ahli Surau Sekolah (ASS)
dan
semua Pelajar – pelajar …………………....

MENYUKAI STATUS ANDA!!!
!


2.  Macam mana nak buat ni..?

▁ ▂ ▃ ▄ ▅ ▆ █ 100%
─▀██▀───▀██▀─▀██──██─▀██▀▀ ▀─
──██─────██───██▄█▀───██▄█───
──██─────██───██▀█▄───██▀█───
─▄██▄▄█─▄██▄─▄██──██─▄██▄▄ ▄ 




3. Ni pun.....


´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´


Whutevaaa~~~

Kenderaan Awan- Part 2

Hai, Assalamu'alaikum...

Actually, aku salah taip tajuk entry aritu.. Actually, "KENDERAAN AWAM" not "KENDERAAN AWAN".. Hahaha.. Gonjeng la Ita ni.. Tapi takpe, KENDERAAN AWAN pun ok...hahaha.. Ok, start cerita haritu..

Setibanya aku di perkarangan Citibank, aku terus mentalipon Encik Anas, "weh, mane stesen keretapi..? tak nampak pun.." "Putra laaa... ade..kene patah balik, sampai jumpa bangunan yang macam ade cermin tu".. "Huh..ok.. TQ".. Jalan punya jalan punya, sampai la di Putra LRT.. Wahhhhhh...... Hahahaha.. Tibe-tibe rase jakun plak sebab dah berape lama ntah aku tak naik Putra LRT ni.. Last naik time puasa 2 tahun lepas kot.. Naik dengan Kakak aku dan bakal adik ipar dia(time tu la,sekarang dah jadi adik ipar) and my beloved frends, Azni.. Hai Azni..Lame tak jumpe kau...!! Rindu nak tarik ekor kuda kau... Hahahaha.....

Then,aku pun pergi ke kaunter tiket, beratur.. Sambil beratur tu, dok ushar-ushar sekali stesen mana yang aku nak kene pegi ni.. OK! KL SENTRAL.. KONFIDEN kot... hahaha... Redah jee... Aku pun hulurkan RM2 kat akak jual tiket tu... Sebelum nak naik LRT,aku ushar dulu barang sebuku dua baju-baju yang terjual kat sana.. Perghhh... Agak murah-murah dan santek-santek jugak laa..Then, aku pegi kat tempat bundle, SANTEK-SANTEK dan nampak BARU ok... Serius, lagi serius daripada Blog Serius... T-Shirt yang santek tu RM10 je..Blause yang aku idam-idamkan pun ade.. RM 15 je dowh... Arghhhh... Tertekan sebab boleh tengok je tak boleh beli.. Isi dalam poket seluar aku tak mengizinkan aku beli.. *Dush dush dush*

Lepas migrain sebab tak dapat beli aku, aku pun berlalu dengan perasaan kecewa... Then, time aku nak masukkan tiket kat ape namenye tu... Alaaa... Kalau kite masukkan tiket kite,then ade benda yang terbukak, baru kite bleh lalu.. Haaaa.. Yang tu laaa... Aku pun pelik, eh apesal tak de lubang nak masukkan tiket ni...? Raba punya raba punya raba tak jumpa.. Pelik.. Then aku pandang sekeliling... "UNTUK TOUCH N GO SAHAJA".. Arghhhhh... Bongek... Bongek.... Ita Bongek... Halalalaaaaaaa... Ita ita.... Nasib baik la tak ramai orang lalu situ... Aku pun, dengan cover cun, berlalu pergi ke tempat sepatutnya aku pegi... 

Then aku toleh belakang, "Chelaka, akak kat kedai bundle tu tengah gelak-gelak sambil tunjuk2 aku kat kawan dia"... Ceeettt...... Aku cepat-cepat pegi dari sana sebelum ade orang makan nasik guna straw... Huhu..

Gambar ni curik kat google

Aku turun eskalator je, sebijik LRT baru je berlepas.. Hadusss... Lambat sikit je.. Tak pe, 5 minit lepas tu, sekor lagi LRT datang... Dah lama tak bersesak-sesak, bersiku-siku dengan orang ramai sebab nak masuk cepat untuk dapatkan tempat duduk.. YES, aku berjaya mensiku sorang budak kecik, masuk-masuk kat dalam LRT je, terus dapat seat.. Then, aku duduk laa.. Penat main siku-siku dengan warga KOTARAYA.. lalalala... Ok, seat tu, bleh duduk 4 orang... Yang dah duduk seat tu, aku dan 2 orang wanita berselendang.. Lagi satu seat dorang tak duduk...Seat sebelah aku ni haaa.. Dorang rela berdiri daripada duduk sebelah aku.. Kenapa..? Aku busuk ke..? Sebab aku SANTEK sangat ke sampai dorang takut dorang tergugat or what..? Terasa la aku dowh... Aku ni suka pandang sekeliling kan, so, bila aku pandang belakang tempat duduk aku ni haaa.. Ade tertulis "Tempat duduk ini di khaskan untuk - Ada gambar orang tengah duduk kat 'willca'(kerusi roda)".. Huhu... Patutlah depa tak mau duduk..Aku rasa bersalah plak.... Tapi oleh sebab tak de orang guna willca time tu, aku duduk je laa..tapi, aku janji dalam hati, kalau ade orang yang duduk guna whillca tu, aku kasi la die tempat duduk tu, walaupun dia dah duduk atas willca...lalala...

Saya seronok menunggang awak


bersambung.....

Kenderaan Awan

Assalamu'alaikum.

Pada hari Jumaat yang lepas (04/03/2011), saya telah pulang ke rumah saya iaitu di Klang menaiki kenderaan awam berbanding sebelum ini, saya hanya menaiki sebiji motosikal Yamaha Lagenda yang berwarna hijau. Saya menaiki kenderaan awam pada hari tersebut adalah kerana keyakinan untuk menaiki motosikal ke Klang masih lagi tiada berikutan insiden yang saya pernah saya ceritakan dahulu iaitu insiden jatuh motosikal yang sangat dasyat ke dashat..?.

Kenderaan yang terlibat dalam menjayakan misi pulang ke Klang ini adalah sebiji Bas awam, Putra LRT, KTM Komuter dan akhir sekali adalah kenderaan persendirian iaitu Naza Citra kepunyaan abang ipar saya.

Perjalanan saya bermula dengan sebiji bas yang di dalamnya terdapat seorang driver bas, seorang kondukter bas wanita , seorang lelaki yang menjerit-jerit "KOTARAYA KOTARAYA KOTARAYA....!!!!!" sampai nak bagi satu Ampang dengar, seorang mamat yang takde gigi yang gatal meraba-raba makwe dia tengah kerja (kondukter bus tuuu) dan penumpang-penumpang yang sabar dengan kerenah makhluk-makhluk ciptaan Allah sebentar tadi. Saya pun mengambil tempat duduk di sebelah seorang pelajar sekolah menengah berbangsa India.(Tiada isu perkauman ye di sini). "Adik, akak nak turun di Ampang Park la. Kat mana ye sepatutnya akak turun?" tanyaku kepada pelajar tersebut. Lalu dia pun menjawab, "Nanti, ade trafik lite simpang empat, lepas trafik lite tu, akak turun dekat Citibank." Aku pun menjawab, "Terima Kasih adik". :-) Sambil bertanya kepada adik tersebut, aku juga mengirimkan khidmat pesanan ringkas kepada Muhammad Anas Misbah, selaku penduduk tetap Ampang yang kini sedang belajar di UiTM Shah Alam. Aku juga bertanyakan soalan yang serupa kepada beliau untuk mempastikan statement adik tersebut...

bersambung......


Surat Cinta

Assalamu'alaikum...

Hai kawan-kawan... Emmm.. Kite nak bagitahu ni, kite ade tulis surat cinta kat lelaki yang kite suke.. Kite suke sangat-sangat kat dia.. Kite tak tahan dah.. Lepas tu, kite terus amik pen dan notebook kita.. Terus kite tulis surat cinta ni kat dia... Berani tak saye..? Hehehehe.... Ni la surat cinta yang kite bagi kat orang yang kite suka dan sayang sangat-sangat tu.. Nama die Najwan.. Kite suke sangat-sangat kat die... <3

~Natalia sayang Najwan~

Tapi malangnya, Najwan dah ronyok-ronyok kite punye surat cinta.. Kite sedih sangat-sangat.. Sampai hati Najwan ronyokkan surat cinta kite, pastu letak dalam pos surat Insepro Sdn Bhd.. Lepas tu ade sorang kakak yang baik hati amik surat tu... Nasib baik tak jatuh kat tangan mak ayah kite, kalau tak, habeslah kite kene sebat sebab menggatal lelebih.. Huhuhuhu....

p/s: Adik.. Belajar bagi habis dulu ye... Wiwiwiwiwiii~~

Buang Jauh-jauh

Assalamu'alaikum..

Hai kawan-kawan.. Aku nak tanya ni, pernah tak kau orang bagun pagi-pagi, then terus buka facebook, then tiba-tiba korang nampak wall sumone, then sumone tu borak dengan mesra kat wall facebook tu dengan sumone.. Tetiba aku rasa touching and teringat kisah 4 tahun dulu.. BODOH..Buang jauh-jauh laaaaaaa......

Peluang

Assalamu'alaikum..

Yuhuuuu... Enibadi home..? Fuh.. Harini penat sangat weh... Tiba-tiba aku tahu nak buat kerja apa kat office tu.. Kalau tak, buat-buat sibuk, tapi harini, serius sibuk...Aku tak buat-buat sibuk.. Sampai tak sedar dah waktu lunch.. Wuhuuu.... Best jugak jadi orang yang sibuk dengan kerja daripada orang yang sibuk jaga tepi kain orang lain.. Lalalala...

See..Sangat sibuk kot...

Actually bukan cerita harini yang aku nak cerita..Aku nak cerita tentang semalam.. Malu sebenarnya nak cerita.. Awwww.... i kan pemalu.... Semalam, aku di jemput masuk ke dalam meeting kat office tu.. Rupa-rupanya, Bos and da geng ada agenda mereka.. Aku dah cuak dah..Apesal aku kena panggil ni..? Aku ada buat salahkah..? Huhuhu.. Then, rupa-rupanya, depa nak offer aku keja dengan dorang.. Wah.. Aku tak grad lagi kot... Dah dapat kerja..? Actually, sepanjang aku praktikal, aku seronot keja dengan dorang.. Banyak sangat-sangat yang aku belajar tau.. Aku exited nak bekerja dengan dorang, tapi, 1 masalah je.. Hahaha.. Masalah yang mengada-ngada... Jauh daripada family.. HAHAHA.. Kann. Ngada2 kan... oK.. Full Stop~!!


Cheritera Kemalangan

Assalamu'alaikum..

Entry sebelum ni aku ada cerita pasal aku jatuh motor kan... Aku nak cerita pasal luka aku ni haa.. Luka kat lengan kiri ni.. Semalam baru aku perasan yang luka ni bentuk LOVE...HATI.. ye.. HATI.. LOVE... hahaha... Tak caya..?? Nah..Tengok sendiri.....


L.O.V.E

Sekarang dah percaya.. Amacam..? Cool kan...hahahaha... Korang ade..? Tak de kan.. Hahaha... Turun lagi hantaran aku.. Dah berapa banyak kena potong daaa... *gelak guling-guling*.. Lalalala...

Macam mana luka yang lain...?  Tadaaa.... Presenting "Koleksi Luka 26.02.2011"


Ok...Huduh sangat kan... Luka yang kat tangan tu asyik berair je sebab aku rajin lempang orang.. Tak tak... Sebab tangan kanan aku tu selalu bergerak..Luka tu kat tempat yang berlipat kan, so, ia akan setiasa merekah dan bila kena air sangat sakit ok.. Jadi aktiviti berair akan dikurangkan termasuk mandi. Yang lain-lain macam tu la.. Banyak darah beku.. Tunggu nak kopek dan berair semula dan sakit semula dan akan beku balik, dan kopek balik dan berair semula dan beku balik, dan kopek semula sampai la jadi baik.. Huhuhu.. Berapa lama lah agaknya ye..? Then, ada plak bengkak kat kaki ni.. Baru naik...


Pepel.. Wooo.. Santek kot...

Aaaa... Sakit..Sakit... Satu badan sakit wwooooo.... Haaa... Lagi satu... Aku tak tunjuk lagi kan helmet yang telah menselamatkan muka aku... 


Nampak tak... Calaran yang melampau di sebelah kiri helmet... Try bayangkan kalau aku tak pakai helmet tersebut dan sreeeeeeeettttttttttttttttt.... Auuw... Ngiluuuuuu.... Dah dah... Mau siapakan projek paper yang tertangguh.... Bubye.....

Bila Anda & Bos Anda Jadi Friend Dalam Facebook

Assalamu'alaikum


Ok..Sape yang tak ada facebook angkat tangan..? Hahahaha.... Tak de..?? Ok..Ok..Aku nampak Mak dan Abah aku angkat tangan.. Owh... Cikgu Besar pun tak ada facebook ke...? Sape lagi..? Ce angkat tangan tinggi-tinggi sikit... Owh.. Wak Lentuk tak ade ye...? Cik Esah pun angkat tangan.. Lagi... Dah...? Wow..... Saya tak nampak Bos saya angkat tangan, makna kata, beliau ada facebook.. Ye... Ini lah beta nak cerita kat sini... Bila BOS anda ada facebook, dan anda dan beliau adalah FRIEND, jangan suka-suka hati nak post benda-benda yang mengarut ok... Seperti:

"Awak..Boleh saya bunuh awak..? Boleh..?  Ayarkkk.."
"Alhamdu Lillah, pipi dah naik balik.."
"Jammed dan Laparr... Wallaweiii..!"

Jangan..Jangan sekali-kali kauorang post benda-benda tak berfaedah.. Esok hari, kau masuk kerja, kau akan kena perli dengan BOS kau..... Hahaha.. Owh.. Bos kauorang tak perli ea..? Tapi Bos beta perli..Hahaha.. Bukan perli, copy paste balik ape yang beta tulis kat facebook.. Hahahaha.... LOL..~ Jadi bahan la beta di dalam ofis....~

Tapi oleh kerana BOS beta adalah BOS yang terbaik in da world, beta tak marah beliau... Hahahaha.... Baik hati tak beta ni..? Wiwwiwiwi...~~