Assalamu'alaikum..
Hai semua. Korang yang masih lagi di alam persekolahan dan alam universiti diharuskan membaca entry ini. HARUS. Pagi tadi, pensyarah aku bagi kuiz. 1 soalan. Dia dah bagitahu 3 hari awal yang dia akan buat kuiz pada hari ini (Khamis). Jadi, aku dan kawan-kawan yang lain, berhempas pulas mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam. Bila masa ulangkaji itu dilakukan? Masa yang selalu diambil adalah sehari sebelum kuiz bermula. Betul? Korang tak payah tipu la. Kompem, korang pun selalu buat macam tu kan. Study last minute. Kalau tak study last minute, bukan student la kan.
Setelah berhempas pulas pada malam tadi untuk mengulangkaji pelajaran, maka, tibalah saat yang ditunggu-tunggu bagi pelajar-pelajar di dalam kelas BM603 untuk menjawab kuiz tersebut. Masuk-masuk kelas je, terus kene sembur.
-"Eh, formula untuk bla bla bla bla bla kan?".
-"Huyoo. Takot. Mesti ko dah habis stady kan."
-"Nak tiru kau la nanti. Kau hebat!"
- Lagi 1 minit nak start kuiz. "Kalau formula ni guna kat sini bleh kan?Huhu..kan kan kan?"
Arghhhh..Ok, nampak ayat di atas kan? Aku paling KURANG BERKENAN kalau kejadian kat atas terjadi kat aku. Psyco gila. Lagi 1 minit nak start kuiz pun masih nak tanya-tanya lagi ka? Memang aku tak jawab la. Paling koman pun aku akan jawab, "Entah, Ye kot." haha.. Jangan marah aaa. Bagi aku, sebelum kita nak menjawab kuiz atau test atau ape-ape peperiksaan sekalipun, kite kene tenangkan diri kita. Selawat banyak-banyak ke. Jangan asyik mendesak diri sendiri. Kita dah usaha belajar sebelum peperiksaan, lepas tu, usaha la plak untuk jawab soalan. Rilek ok.
![]() |
| Kau jangan nak psyco ea |
Ok, sambung cerita. Sebelum pensyarah mengedarkan kertas soalan, beliau dengan baik hatinya, mentulis formula di papan putih bagi memudahkan perjalanan kuiz kami. Siap bagitahu lagi, formula ni guna time bila, formula tu guna time bila. SANGAT NICE kan Prof.Madya Zaidi Aminuddin. Selepas itu, beliau mengedarkan kertas soalan kuiz kepada pelajar-pelajar sambil berkata, "No cheating. Buat yang awak semua dah belajar". Semua mengangguk-angguk kepala.
Sampai la soalan di tangan aku. 1 soalan je. Masing-masing pun khusyuk menjawab soalan tersebut sambil menjeling ke kiri dan ke kanan. Biasalah tu. Aku pun buat jugak. Hehe. Dah habis jawab soalan, time to marking. Prof. suruh pelajar-pelajar bertukar-tukar kertas jawapan untuk marking. Ada yang tak dengar cakap, dan masih lagi sibuk menulis jawapan untuk kuiz dia padahal masa dah tamat. Termasuklah aku. Lepas tu, ada plak hamba Allah ni psiko lagi. " Alamak.. Alamak.. Sikit lagi nak dapat jawapan. Eh, jawapan ni 22.90 kan? Apesal dia dapat 22.45? Adoi.." Aku rase macam nak hentak-hentak kepala dia dengan pemadam je. Aku pun bukannya siap sepenuhnya nak jawab soalan tu. Kau dah cuba yang terbaik ok, tak payah la nak gabra sangat. GABRA & PSYCO ok! Hehe
Last-last, aku grab kertas jawapan dia, bagi kat orang lain untuk marking. Semasa perbincangan jawapan untuk soalan kuiz tersebut, masih lagi si psyco ni menpsyco gua. Gua dah PANAS HATI doh! " Alamak. Betul la 22.90. Aku g buat 22.45 plak. Dah hilang markah. Sikit la markah aku.Ita punya mesti banyak kan. Kan. Kan.!" Ok, kali ni, aku nak cucuk bijik mata dia dengan ubat pensil. Boleh? Aku malas nak layan jadi aku diam je. Huh!
Kemudian Prof pun berkata, " Its doesn't matter la kalau you punya markah sikit. Yang penting, you belajar dari kesilapan yang you all dah lakukan tadi. Yang I nak sekarang, you all ingat apa yang you all dah buat silap, and you all tahu macam mana nak atasi problem tersebut. I WANT YOU LEARN FROM THE MISTAKE THAT YOU HAVE DONE IN THE QUIZ. Ok. Tak kisah la hari ni markah you sikit, akan datang, banyak lagi kuiz yang akan I bagi. I akan pilih 3 markah terbaik daripada kuiz-kuiz yang you all dah buat untuk masukkan dalam assessment."
![]() |
| Lerning |
Aku suka cara prof ni mengajar. Tapi, masih ada lagi hamba Allah ni yang nak sibuk dengan markah dia. "Alaa, dapat 4/10 je. Ita punya mesti banyakkan. Jelesnya". Ok, enough, setiap kali ada test or kuiz, aku bawak cili daripada rumah aku, kemudian, kalau dia psyco lagi, aku nak cili mulut dia. Grr~ Then aku tunjuk la markah aku. 0.5/10. Amacam? Ada brand? Dah kau belajar macam tu, hasilnya macam tu la. Tak payah nak sibuk-sibuk menyesal tak sudah la. Padahal, baru kuiz je pun dan aku rasa hamba Allah ni tak dengar kot ape yang prof kata tadi.
Semua orang melakukan kesilapan. Termasuklah aku, kau, kauorang, mereka dan lain-lain lagi tetapi, terpulang pada diri kita sendiri untuk berubah dan tidak melakukan kesilapan yang sama, atau masih lagi ingin melakukan kesilapan tersebut berulang-ulang kali. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!
Habis dah! Tengkiu..





