Lillahita'ala

Assalamu'alaikum...

Bapak: Saya dah termakan banyak budi ustaz. Tak tahu la bagaimana nak membalasnya.

Ustaz: Ape yang saya buat ni semua Lillahita'ala. Saya tak harapkan apa-apa balasan pun dari kamu. Cuma apa yang saya harapkan, anak kamu tu dapatlah mengajar di sekolah pondok ni dan jadi bini no.5 saya.

Ape pandangan anda?

Berterus Terang Lebih Baik

Assalamu'alaikum..

Hai hai hai. Ok, tajuk yang aku nak bentangkan hari ini ialah BERTERUS TERANG. Ceeewwwwaaaaaahhhhhh.. Sebenarnya saje je nak bual-bual kosong pasal topik ni sebab aku baru melalui situasi yang kita memerlukan diri untuk untuk berterus terang, tapi kita tak nak berterus terang. Jadi berlakulah salah faham yang tidak langsung sepatutnya berlaku.

Tempat: Office
Tarikh: 8 Julai 2011
Masa: 4.17 p.m


Bos aku ni baik hati. Dia suka belikan kami makanan (halal). Pada beberapa minggu lepas, bos telah membelikan kami sebungkus bawang goreng tetapi baru hari kejadian kami terbuka hati untuk membuka bungkusan tersebut. Kak Aziah mensuruh Chay pergi ke dapur dan membasuh bekas-bekas yang ada untuk meletakkan bawang goreng tersebut ke dalam bekas tersebut. Setelah siap membasuh bekas-bekas tersebut, aku pula telah ke dapur untuk meletakkan bawang goreng tersebut ke dalam bekas tersebut. Ada 4 bekas kesemuanya. Jadi aku penuhkan dulu bekas-bekas yang besar. Kemudian ada satu bekas kecik,aku habiskan meletakkan bawang goreng ke dalam bekas tersebut. Dapatlah separuh bekas kecik tu.

Bekas kecik tu kepunyaan Ms Ng. Masa nak balik(dia balik awal daripada kami), tiba-tiba dia kata "Ape pasal saya punya bekas ada separuh saja bawang goreng?" Aku pun cakap, "Oh,Mis Ng nak bawak balik ea. Nanti saya penuhkan." Kemudian Ms Ng mensahut. "Eh, tak ape la. Tak ape la. Esok saja bawak balik." Lepas tu dia blah. Kemudian Kak Aziah tanya aku balik. "Kenape kau letak Ms Ng punya sikit?". Aku pun jawablah "La,Ita ingatkan kita makan sama-sama bawang goreng tu kat office." Kemudian Kak Aziah pun menterangkan yang rupa-rupanya bekas-bekas tu akan dibawa balik oleh kami. Makan kat rumah la kiranya.

Ooooooohhhh.. Awat tak habaq awal-awal tadi Ms Ng oi. Manalah aku tahu budaya korang kat office tu macam mana. I'm new rite. Then, 13 minit kemudian Ms Ng mentalipon Chay. Chay bagitahu yang dia kecik hati dengan aku sebab bagi dia bawang goreng yang sikit. Hahahaha. Lepas tu dia tanya lagi,kenapa tak asingkan untuk Susan (Akauntan Part Time) jugak? Susan pun pekerja juga walaupun part time. Dah sudah. Kecik hati la, komplain lagi. Apa pasal tak bagitahu depan-depan tadi?

Kalau kau tak puas hati dengan aku, bagitahu depan-depan la. Tak payahlah nak gunakan medium lain sebagai pengantara kan. Kalau kau bagitahu kau tak puas hati dengan aku kan senang. Boleh setel depan-depan. Tak payahlah nak HIPOKRIT sangat ok. Takkan lah pasal bawang goreng yang tak seberapa tu nak gaduh dan kecik hati dengan aku. KELAKAR SUNGGUH LA KAU NI. *Gelak guling-guling-guling-guling*

********************************************

Oleh kerana Ms Ng tak nak berterus terang time kat office tadi, dah jadi huru-hara. Kak Aziah dan Chay pula start talking about Ms Ng itu la, Ms Ng ini la. Dah masuk bab mengumpat plak. Kan dah berkait-kait tu. Nampak tak? Kalau iye pun aku salah, say something la. Jangan buat aku jadi macam orang bodoh kat office tu.

Habis dah. Tenkiu.

Budaya

Assalamu'alaikum.

As yang korang tahu, aku baru 2 minggu start kerja kan. Dulu, praktikal kat Insepro budaya dia lain. Setiap pagi, mesti berak kat office. Aku pun tak tahu kenapa kene sakit perut dan berak kat office. Kat office boleh pasang radio. Buat kerja sambil dengar radio. Syok woo. Lagi-lagi kalau ada lagu best. Boleh melalak dalam office. Tak da sapa nak marah. Kadang-kadang, kalau radio boring, Kak Wati bukak youtube. Pasang lagu lamaor klasik rock. Asal tengahari je, mesti kene turun lunch. MESTI. Kalau tak lapar. Ngeeee~ Kadang-kadang, petang je, beli goreng pisang rangup. Powerrrrrrrr. Then, kalau tak ada kerja sangat pukul 5.15 p.m dah siap-siap nak balik. Selalunya balik sharp pukul 5.30 p.m la. Jarang-jarang overtime.

Kerja baru ni pulak, masuk office, punch card, kene terus buat kerja. Aku tak sempat nak berak kot. Ceh. Kerja menimbun-nimbun. Then, lepas 15 minit buat kerja, bahagian mantainance dan operation akan bergaduh sesama sendiri. Bergaduh pasal driver tak ikut jadual penghantaran la, driver tak nak outstation la, driver nak berhenti kerja la dan macam-macam lagi la. Naik cair taik telinga aku ni tau. Lepas gaduh-gaduh, datang kat meja aku, cerita pulak benda yang sama padahal suara kau tu memang nak bagi satu Shah Alam dengar. Dah tergendala kerja aku nak dengar kau bercerita.

Tengahari pulak selalunya aku bawak bekal je. Bunda dengan baik hatinya memtapaukan aku dengan bekalan yang sangat lazat. Sayang bunda ku. Kalau tak bawak bekal, beli je kat restoran area sana. Tak pun, aku tak makan. Boleh diet sekali. Wiiiiiiiiiiiiiii~ Asal petang je, mesti ada satu lori cendol pulut park kat depan office. Pintu office ialah pintu kaca, jadi aku boleh melihat dengan jelasnya warga Shah Alam membelasah cendol dan laksa dengan lahapnya. Tapi, aku dapat tengok dari dalam office je la. Aku tengok orang lain tak pernah pegi beli, aku pun tak beli la. Malu. Awwww. Kemudian, asal petang je, akan ada kerja yang bertambah. Aku pun tak tahu bila kerja aku akan habis. Mesti akan OT. Paling sekejap pun 15 minit OT la. Hahahaha.

Its ok untuk kutip pengalaman banyak-banyak.

Habis dah. Tenkiu.

Nak cari pahala yang besar

Assalamu'alaikum.

Pagi tadi, sebelum pegi keje, aku gosok baju kat depan tv. Adalah program kat tv3 ni. Nama program ni "Tanyalah Ustaz". Ustaz yang ditanya pada pagi tadi adalah Ustaz yang selalu jadi pengacara Al-Kulliyah tu. Hape ntah nama dia. Malas nak google. 

Jadi, adalah seorang pakcik ni bertanya kepada Ustaz tersebut. Soalannya lebih kurang begini. (Ada beberapa ayat yang aku dah lupa,tapi lebih kurang macam ni la soalan dia)

"Ustaz, saya ni kan, rasa malas nak melakukan kebaikan kalau pahala kebaikan yang saya buat tu sikit. Contohnya, saya ni tukang bersihkan masjid@surau. Selalu kalau ada orang tidur kat masjid@surau, saya akan nasihatkan orang tu supaya suruh bangun Saya akan kata kepada orang tu -Daripada kau tidur, baik kau berzikir atau baca Al-Quran- Ada juga yang saya tegur orang tengah baca surat khabar -Daripada kau baca surat khabar,baik kau baca Al-Quran. Kan lagi bagus, dapat pahala- Tapi bila saya tegur macam tu, saya pula yang kena marah. Saya nak melakukan kebaikan yang pahalanya besar ustaz. Apa pendapat ustaz tentang hal ini?"

Ok lah. Pakcik. Walaupun aku bukan ustazah, tapi aku nak jugak la bagi pendapat kat pakcik. Aku bukan nak kata pakcik ni bangang pandai Tapi terpaksa la jugak aku mengatakan bahawasanya pakcik memang dah terlebih pandai bangang . Pakcik, pakcik buat kebaikan ape? Bersihkan rumah Allah tau pakcik. Itu bukan kebaikkan yang besar pahalanya ke pakcik? Adakah pakcik tidak bersyukur? Perlukah pakcik mengira pahala yang pakcik dah kumpul tu? Perlukah? Perlukah? Ada tak pakcik kira berapa banyak dah pakcik berak selama mana pakcik hidup? Ado? Pakcik, itu semua kerja Dia. Tahu lah Dia nak bagi ganjaran apa kat pakcik kat sana nanti. Kerja pakcik jalankan tanggungjawab kat muka bumi ni je. Takkan nak berkira juga.

Ape yang malas? Owh, malas nak melakukan kebaikan yang pahalanya sikit. Pakcik yang dah lama hidup daripada saya mesti pernah dengar pepatah ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kan pakcik kan. Kan.Kan. Pakcik, pakcik buat kebaikan sebab pahala ke pakcik? Bukan sebab Allah? Pakcik solat sebab ape? Sebab nak dapat pahala ke,sebab nak tunaikan kewajipan terhadap yang Maha Esa? Pakcik pilih satu pakcik.Pakcik, Dia tu Maha Mengetahui isi hati hamba -Nya. Ikhlas kah. Tidak ikhlas kah. Semua Dia tahu pakcik. Jadinya, Lillahita'ala.

Ada satu cerita yang ustaz ni cerita. Korang pun pernah dengar kot. Cerita pasal pelacur bagi minum kepada anjing yang kehausan menggunakan kasutnya. Lepas tu, pelacur tu Allah tempatkan dia di dalam syurga. Pakcik,pakcik ingat sebelum pelacur tu bagi minum anjing tu air, dia ada kira tak berapa banyak pahala yang dia akan dapat kalau dia bagi anjing tu minum air? Jawab pakcik,jangan tak jawab.

Pakcik tegur orang yang tido dan baca surat khabar tu ea.Lepas tu kene marah. Pakcik, pakcik tahu tak macam mana dugaan Rasulullah semasa menjalankan dakwahnya? Tahu tak?Mestilah tahu kan. Baginda pernah dibaling batu, cubaan untuk membunuh baginda pun ada dan lain-lain lagi. Takkan baru kene marah sikit dah nak mengalah pakcik. Kalau macam tu, macam mana pakcik nak dapatkan pahala yang lebih besar. Ce cite ce cite. Lagipun, bagi pendapat aku mungkin orang tu nak tumpang tido kejap ke sebab baru balik keje. Takkan dia saje-saje je tido kat dalam masjid@surau kan. Dan pakcik, takkan lah membaca surat khabar pun nak tegur jugak. Kita ni, perlu lah tahu isu-isu semasa jugak. " Semasa memandu kereta kita perlu memandang kepada cermin hadapan sebab kalau tak pandang cermin hadapan, kita tak tahu lah arah tuju kita tapi, cermin belakang perlu dipandang sekali-sekala untuk mempastikan tak ada kenderaan yang boleh membahayakan kita." (Quote)

Jadinyakan pakcik kan,kalau pakcik nak kira jugak pahala kecik dan pahala besar pakcik tu,pakcik buatlah buku log untuk mentulis pahala-pahala yang pakcik dah buat. Kalau pakcik rasa pahala tu dah cukup boleh bawak pakcik masuk syurga, boleh la pakcik berehat daripada mengkutip pahala-pahala tersebut. Macam tu pun boleh ke? 

P/s: Cuba kita berapa banyak perkataan "pakcik" kat atas.

Tenkiu. Habis dah.