Ok. Aku tahu, aku lambat post pasal program ni. Tapi, aku tetap nak post jugak sebabnyeeee.....
IT IS MY FIRST TIME BACA RAWI DEPAN ORANG RAMAI
Segan ada. Neves ada. Alahaiii. Tapi sebab aku dah diamanahkan untuk baca rawi tu, so tak boleh tolak la kan.
Perjalanan ke UiTM Seri Iskandar tak adalah jauh sangat. Lagipun,gerak Jumaat malam. So, sejuk sikit malam-malam kan.Kami gerak ke sana dengan 2 bijik kereta. Kereta lagi satu tu dinaiki oleh Abg Ajeme Man a.k.a Penceramah Smart Learning, Fahmi Deyn, dan Nik Amila.Kereta kami pula dinaiki oleh Aziim Maarof selaku YDP PSSCM UiTM Perak, Haslinda Kadir, Fatin (baru kenal time tu) and me.
Program dimulai dengan Selawat Badriyah. Kemudian disusuli pula dengan Kalamun Kadim dan seterusnya bacaan rawi dan marhaban oleh perawi-perawi.
![]() |
KetaQ~ |
![]() |
Mar marhabannn.... |
![]() |
Marhaban ya marhaban |
![]() |
Ni lepas Marhaban. Dah tak mampu nak duduk bersimpuh dah. Kebassss.. |
Lepas habis berzanji dan marhaban, Encik Azman Bin Ab Malik selaku penceramah Smart Learning memberikan sedikit ucapan. Kemudian, program diteruskan dengan sesi tayangan 3 idiots. Filem rasmi program Smart Learning. Program diteruskan dengan sesi LDK.
![]() |
LDK |
![]() |
Step for smart learning |
Malam pulak, sesi ceramah bersama Naib Presiden 1 PSSCM, Encik Roslin Bin Ali Omar. Sesi dikhaskan untuk ahli-ahli bertanyakan soalan berkaitan dengan PSSCM kepada Encik Roslin.
![]() |
VIP |
Sekalung penghargaan kepada AJK Pelaksana program Smart Learning UiTM Perak kerana menjemput kami untuk menjayakan program. Terima kasih sebab sudi layan kami semua dengan baik. Semoga segala ilmu yang telah dikongsi bersama dapat di aplikasi di masa akan datang.
Gambar kredit to Cik Siti Azlina Roslim
No comments:
Post a Comment