3X Sebulan

Assalamu'alaikum..

Hai hai dan hai lagi.. Ape yang 3 kali tu Cik Ita oi..?? 3 kali kejadian yang menduga iman seorang hamba Allah di muka bumi ini... Huahuahua... Ce cite ce cite (sambil melenggok-lenggok tangan kanan)..

Dalam sebulan ni, iaitu bulan Februari ni, 3 peristiwa yang Cik Ita lalui...

Peristiwa pertama: Bell's Palsy

Cerita Bell's Palsy ni Cik Ita dah cerita kan dalam post yang sebelum ni.. Ce tengok kat sini. Haaa...Macam tu la ceritanya... Sambungan dia ada... Time Cik Ita buat fisioterapi ke-2... Tapi tak banyak nak cerita pasal tu.. Fisioterapi yang pertama, korang boleh baca kat sini. Hehehe.. Fisioterapi ke dua plak, Cik Ita pegi 23/02/2011, hari Rabu.. Pergi naik motosikal la.. Apo lae.. Mintak half day.. Hayoo.. Bulan ni banyak cuti wooo... Sikit la elaun Cik Ita bulan ni.. Huuuaaaaaa... Fisioterapi ke dua, Doktor kata, ada otot yang lemah lagi.. Doktor ajar senaman muka baru, dan dia bagi cahaya yang suam-suam kuku kat muka belah kiri Cik Ita ni.. Thats all.. :-)

Peristiwa kedua: Sengatan Lebah di Kilang Tabung Haji Gebeng, Kuantan

Peristiwa ni berlaku pada 14/02/2011.. Mase tu, aku ikut Wak & Adib pegi buat kerja kat sana.. Mula-mula sepatutnya aku ikut Adib pegi buat keje, tapi oleh kerana kilang tersebut berpagar dan berkunci, dan aku tak boleh panjat pagar tersebut, maka, terpaksalah aku ikut Wak.. Ok.. Cerita dia, masa buat kerja tu, aku buka skru stesyen untuk anai-anai, dan Wak akan ambil gambar.. Masa nak buka skru stesyen anai-anai no.18, tiba-tiba peha aku kena gigit sesuatu.. Then, tetiba kepala aku macam di hurung lalat.. Tapi, baru aku sedar, lebah yang hurung aku sebab diorang dah start sengat tengkuk aku.. Ape lagi, berlari berkejaran lah aku.. Huhuhu.. Wak hanya mampu melihat je.. Habes semua benda aku campak... Nak cari sungai or air, tapi kat areakilang mana ade sungai oi.. Huhuhuhu... Aku lari g kat kereta sambil menjerit-jerit.. Huhuhu... Akhirnya, lebah-lebah tersebut berjaya mensengat aku sebanyak lapan sengatan... 1 sengatan kat Pipi sebelah kiri, 2 sengatan kat belakang tengkuk, 1 kat jari telunjuk kiri, 1 kat lutut, 1 kat peha, dan 2 kat lengan.. Amacam...? Haruslah pedih woooooo.... Then, Bos aku call.. Dia kata lebah tu sengat sebab nak bagi baik penyakit Bell's Palsy aku tu... Huwaaa... Baik Bos... Then, aku bace kat internet, lebah ni tertarik kat bau-bauan.. Then, aku sedar yang lebah-lebah tu tertarik kepada tudung aku,sebab masa kat dalam kereta, otw ke Gebeng, aku saje sembur perfume kat tudung aku.. Bagi wangi sikit sebab aku rasa aku busuk time tu... Hhahahaha.... Padahnya...!! Wowowowooo... Tapi aku percaya, setiap peristiwa yang berlaku tu, ada hikmahnya.. Cuma kita je kene fikir.. Think... Think... Think...~~


Ok.. Nampak lebah kat atas ni.. Macam ni la bentuk lebah yang menyegat aku.. Lepas lebah ni sengat, dia punya penyegat tu, tertinggal kat tempat yang dia sengat... Then, aku tengok tudung dan baju yang aku pakai masa kena sengat tu, sangat banyak kot sengat dia tertinggal.. Ada la dalam sepuluh.. Wahh... SODAP ea kau nak sengat aku.. Tapi, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat kau wahai Encik Lebah sebab dah mensengat aku.. Sebab ape..? Sebab  sengatan kau telah merawat penyakit aku... Huahuahuahuaaaa... Serius aku tak marah kau Encik Lebah... Lagi satu, kau sangat comel la EncikLebah....

See..Kau memang comel.. Aku tak jadi marah.. Lalala~~

Peristiwa ketiga : Jatuh motosikal

Ok.. Jatuh motosikal sangat sakit ok.. Tapi, jatuh motosikal kali ni, aku tak terasa sakit sangat, walaupun sangat sakit.. Eh eh.. Huhuhuhu... OK.. Aku cerita dari mula k.. Oleh kerana aku nak ikut budak-budak UiTM ke Sungai Congkak: Program Interaksi, jadi aku gagahkan juga balik ke Ampang pada petang Sabtu tersebut bersamaan 26/02/2011.. Sedang diri ku ini merempit, tiba-tiba hujan turun dengan tak berapa lebat.. Hujan rintik-rintik, jatuh atas tanah... Lalalala... Ok.. Aku berenti tepi jalan, pakai baju hujan.. Then, lepas naik highway ke Kuala Lumpur, hujan tak berapa nak hujan.. Hujan rintik-rintik laa... Aku pun bawak motosikal dengan kadar yang berhati-hati..  Sampai di satu selekoh, aku pun nak perlahankan kadar kelajuan motosikal ini, jadi aku tekan break.. Oleh kerana aku tekan break dengan kadar yang mengejut plus faktor jalan yang licin oleh sebab hujan,aku tidak dapat mengkawal motosikal Lagenda berwarna hijau tersebut.. Lalu, terbabas lah motor tersebut dan aku jadi Superman yang terseret seperti baru lepas kalah lawan dengan musuh.. Huwaa... Sadis bukan..? Hero kalah...? OMG..!! oK Ok... Aku dah lari topik... Lepas jatuh motor, aku terbaring jap.. Chek muka, fuh... Nasib baik ade Visor Helmet.. Kalau tak, waaaahhh...... Asset tuu.. Then, aku duduk... Termenung jap.. Ade ke orang lalu nak tolong aku ni..? 2 saat lepas tu, ada seorang abang naik motor.. Berenti.. Seorang lagi abang datang...Muka dia memang nampak la kesian kat aku.. Terus dia berentikan motor dia, pegi kat aku.. Aku kata aku tak apa-apa.. G tengok motor.. Aku bagi arahan! Ceh... hahaha... Then, dia pun ikut arahan aku.. Hahahaha... Bagus..! Dengan bersungguh-sungguh dia mengangkat Lagenda Hijau tersebut.. Aku tengok, Ya Allah... Side mirror sebelah kiri pecah.. Handle senget and tempat letak kaki kat gear dah bengkok.. Powerr... So, Macam mana aku nak bawak motor ni...? Urmmm... Abang yang baik hati tu pun,cuba nak betulkan motosikal tersebut, namun tak berjaya.. Aku pun dengan suara sayu dan dengan menahan kesakitan yang amat pun berkata.. "Tak pe lah bang, asalkan boleh start, saya boleh bawak motor g bengkel.." Dia pun macam kesian je.. Ok laa.. Dia bagitahu, kat area Hospital Sungai Buloh tu ada bengkel motor.. Aku pun dengan penuh susah payah, menstart moto dan pergi ke bengkel  tersebut.. Adalah dalam 15 minit perjalanan sebab tak boleh bawak laju-laju... Handle motor senget kan... Ni moto time kat bengkel... Huhuhu....

Keadaan motosikal selepas terbabas

Ok.. Kene tukar side mirror baru ye.. Huhuhu....

Ok bang, berapa ringgit..? Takpe la.. Tak payah bayar.. Owh.. TQ.. wiwiwiwi.. Aku pun terus berlalu menghala ke Kuala Lumpur.. Nak balik Klang takut kene bebel dengan Bonda.. Huhuhu.. Gagahkan diri memandu motosikal dengan lebih berhemah.. Tak lebih 80km/jam ok... Saya pemandu motosikal yang berhemah buat masa ni.... :-) Sampai rumah sewa, terus click click gambar.. Huwaaa.. Seluar koyak.. Tak boleh guna lagi.. Huhuhuhu..... Click click gambar luka-luka yang ada.. Luka lama berdarah kembalipun ada plus luka baru... Memang terbaik la.. Lepas ni boleh la buat hobi "koleksi luka".. Sonok jugak... Lalalalala.....

Ini seluar jeans saya... Tak bleh pakai dah...

Zoom.. Koyak sudah...Rock~!!!


Koleksi luka 26.02.2011

Jadi, ingatan untuk semua pemandu motosikal di luar sana, pandu lah dengan cermat.. Ingatlah orang tersayang dan seluar dan baju tersayang...

Begitulah ceritanya.... Ape-ape pun, Cik Ita terima dugaan ini dengan redha.. ''seharusnya awk bersyukur...tuhan bg awk peluang tebus dosa2 awk dgn bg awk rase sakit...sbb Dia sayang awk,Dia Maha Penyayang wak..''....fuuuhh....  Ambil daripada facebook Miza Izora.. Dia ni macam tahu-tahu plak yang aku jatuh motor.. Huhuhuhu..... Ye, saya rasa bersyukur sebab saya tahu Allah sayangkan saya.. Dia takkan bagi dugaan kalau aku tak mampu nak hadapi...So, just think positif ok...

Terima kasih sudi baca cerita ni.... Piss~!!

Nak Pinjam

Assalamu'alaikum..

Can i borrow your shoulder Dear..?Please.... 


Thanks....

Pilihanraya

Assalamu'alaikum..

Tak ade la nak tulis panjang-panjang.. Cuma nak wish ALL THE BEST untuk kawan baik aku yang akan bertanding dalam Pilihanraya kat UiTM Shah Alam.. Wakil Fakulti Kejuruteraan Elektrik....


Kepada Muhammad Noor Salam Zaidan, semoga anda suksess selalu... :-)

Salam Maulidurrasul

Assalamu'alaikum..


Cik Ita hanya nak ucapkan


SALAM MAULIDURRASUL

p/s: Tahun ni sambut di UIA dengan selawat, berzanji, marhaban, qasidah & burdah bersama-sama sa udara yang lain.

Header Baru

Assalamu'alaikum..


Yeah rite.. 1 hari sampai nak post 3 post.. Hahahaha.... Saje je Cik Ita nak buat pengumuman yang Cik Ita dah tukar header baru.. Hehehe.. Batak tak...? Fine....

SENAMAN MUKA

Assalamu'alaikum...

Hai, hari ni Cik Ita nak share senaman mukayang dokte suruh Cik Ita buat.. Time ni Cik Ita kat opis... Background muzik adalah suara Bos Cik Ita dan Kak Watie... Huahuahua....


Kelakar tengok video ni.. Gelak sendiri sebab kening sebelah je yang terangkat.. Lagi tak bleh blah, bila Cik Ita kembangkan hidung.. Sebelah je yang kembang... Hehehehe... Hepi-hepi selalu yeah..~!!!!!!!!

-DUGAAN YANG DATANG,BUKAN BALA-

Fisioterapi

Assalamu'alaikum....


Hai.. Meh, nak cerita pasal aku buat Fisioterapi kat Hospital Klang hari Khamis hari tu..


For your info, fisioterapi adalah satu kaedah yang sistematik bagi menilai fungsi tubuh badan yang tidak sempurna terhadap Sistem Tulang, otot-otot dan sendi; Sistem Kardio Vaskular (Jantung dan Sistem Pengaliran Darah), Sistem Pernafasan serta Sistem Saraf termasuklah gejala sakit yang dialami oleh pesakit. Kaedah rawatan untuk mengendalikan atau untuk menyelesaikan gejala atau masalah yang dihadapi oleh pesakit ialah melalui tiga unsur utama iaitu:-

1.Pergerakan
2.Rawatan manual
3.Agen-agen fizikal

Btw, pada hari kejadian, aku datang appointment lambat..Sangat tak patut kan..Ok ok..Sekarang, boleh salahkan jammed....Padahal aku naik motor je.... Terus pergi kepada cerita SEMASA Cik Ita melakukan rawatan fisioterapi...

Cik Ita diminta untuk baring kat atas katil.. Then, dokte tu kata, "Cik Ita baring dulu ye, nanti kita akan buat renjatan elektrik kat muka Cik Ita".. WHAT..!?? WHAT..?? Eeeelllleekkkktttrriikkkk..? Ohohohoho... Exited kot...Hahaha.... Cik Ita pun baring la seperti yang dokte tu suruh.. Dia tampal benda alah ape ntah, kat muka belah kiri Cik Ita ni.. Satu kat atas kening and lagi satu kat tepi bawah mata.. Wowowowo.. Syok woooo wat menda alah tu.. Saluran elektrik ni actually nak merangsangkan lagi saraf Cik Ita yang malas bergerak ni... Lepas dokte tu dah set voltan elektrik, dia tinggalkan Cik Ita.. Apa lagi.. Tido la kejap.. Hahahaha.. Aci tak.. 

Lepas 30 minit kemudian, dokte tu wat massage plak kat muka Cik Ita ni.. Dia urut-urut muka Cik Ita yang gebu ni.. Awww...Lembut jari Cik Dokte ni.. Dah la wangi..Bleh tertido balik kot... Lepas 10 minit, dia keluar.. Then, dia masuk balik dengan bawak ais.. Ais tu buat ape..? Nak makan..? No no no no... Ais tu dokte letak kat muka belah kiri Cik Ita ni haaa.. Cara dia, lalukan kat muka ni dalam bentuk "right"= betul.. Paham tak..?Tak paham sudah... :-)

Setelah hampir 1 jam, barulah siap sesi fisioterapi Cik Ita tu.. Then, dokte bagi macam-macam nasihat...

1. Cik Ita kene buat senaman muka selalu ok...
2. Cik Ita kene pakai spek untuk tutup sebelah mata kiri yang tak boleh berkelip ni..
3. Time tido, Cik Ita dinasihatkan untuk selotape mata belah kiri Cik Ita ni ha..
4. Buat urutan yang dokte tu ajar tadi..
5. Letak ais kat 3 kali sehari ok..
6. Makan ubat dan vitamin yang dokte dah bagi.
7. Kunyah cewing gum hari-hari..(Kunyah makanan selalu bleh dokte..?)
8. Kalau tido, jangan baring kat atas muka belah kiri..(Makna kata, kene mengiring sebelah kanan la ye dokte..)

Itu je la kot.. Hahahaha.. Cik Ita ni pelupa laa.. Adododoooiii... Next fisioterapi 23 Februari 2011.. Cik Ita nak dokte ni jugak.. Tak mau dokte lain...Sebab dokte yang buat fisioterapi kat Cik Ita ni wangi.. Melekat kot bau wangi dokte tu kat Cik Ita.. Lalalalala....... Ok... Bye2...

- BUAT FISIOTERAPI NI MACAM BUAT MASSAGE KAT SPA.-


PENGALAMAN

Hai.. Assalamu'alaikum..

Ermm.. Cik Ita nak cerita sikit masa Cik Ita mula-mula perasan yang Cik Ita ade penyakit Bell's Palsy ni. Siang malam bergenang air mata je.. Tak de semangat nak buat keje.. Dah la kene penyakit ni, plus plus demam and batuk yang dah seminggu tak baik-baik lagi... Dugaan Allah nak bagi.. Memang kena redha..

Tapi, biasalah, Cik Ita ni kan perempuan..Opsss... Hati ni sensitif.. Cube kau orang bayangkan.. Muka Cik Ita ni dah macam bengkak sebelah... Nak minum,air meleleh... Nak cakap, mulut senget... Well, lagi la nak jumpa dengan orang ramai.. Woowowooooo... Malu kot.. Tahap konfiden Cik Ita time tu, sangat lah RENDAH.. RENDAH SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT..... Tension kau orang tahu....



Tapi, Cik Ita ni BERTUAH SANGAT SANGAT SANGAT ok.. Bersyukur kerana di kurniakan rakan-rakan yang ambil berat tentang diri Cik Ita ni... Bersyukur.... Ok ok ok... Nanti nanges lagi kalau cerita......

Teng kawan-kawan..Lap u oll.. Muah muah~~

Cik Ita jugak nak ucapkan terima kasih kepada Bos tempat praktikal Cik Ita yang banyak bagi sokongan dan dorongan.. Cewah.... Selasa pagi, Encik Bos call.. Bagi nasihat yang betul-betul buat Cik Ita sedar, bahawasanya ada lagi manusia yang lebih teruk penyakitnya daripada Cik Ita ni.. Beliau pun cerita tentang pengalaman beliau yang juga menghidap kanser.. Terima kasih, Tq, Toche, Arigato, Syukran, Xie xie kepada Encik Faizal Mohd Yusof.. Sekarang, Cik Ita lebih bersemangat dan gembira untuk berhadapan dengan orang.. Yeahh..~

Ini bukan gambar boss aku ok..Boss aku lagi hensem daripada cawan ni..

Kalau kita ni sakit, lepas tu berfikiran negative, maka ion-ion negative juga akan menyerang kepala otak kita dan menyebabkan badan kita menjadi lemah dan tidak bersemangat.. Tapi, walaupun kita kita sakit, tetapi jika ion-ion positif yang datang dalam kepala otak kita ni, nescaya, kita akan jadi lebih bersemangt waja!! BETUL.. Tak tipu.. Cik Ita sekarang sedang berfikiran positif.. Hasilnya, 8 Februari 2011, semasa MAT Kali Ke-36 di UiTM, Cik Ita dapat membentangkan tentang laporan aktiviti sepanjang tahun 2010.Yes..! Cik Ita mula-mula ingat, tak mau datang dah, tapi lepas Bos Cik Ita call, Cik Ita rasa lebih bersemangat..!!! Wooot...wooott...... Ok ok..Sudah..Nanti nanges lagi... Wooot...Wooottt.....

-END FOR THIS CHAPTER-

Bells' Palsy

Hai.. Assalamu'alaikum...


Mesti kau orang pelikkan, kenapa aku asyik post pasal penyakit Bell's Palsy 2-3 hari ni? Hal yang berikut adalah kerana aku menghidap penyakit ini.. Ape betul ke..? Ya.. Betul.. Penyakit Bell's Palsy ini menyebabkan saraf muka sebelah kiri aku tak boleh berfungsi dengan baik.. Makna kata, bila aku angkat kening, sebelah kanan kening je yang terangkat, bila kembangkan hidung, hidung sebelah kanan je yang kembang,dan bila aku senyum, akan senget ke sebelah kanan.. Wowowowww.. Sadiss kan..?

Kau orang tahu, 1st time jumpa doktor kat Klinik Fitrah, doktor tu kata Cik Ita kena facial palsy. Kena rujuk kat Hospital.. Then, dia bagi aku choose, nak Hospital Sg.Buloh ke Hospital Klang. Then, die sendiri yang buat keputusan.Hahaha..Dokte ni buat lawak plak.. Ye dik, Adik pegi Hospital Klang je la ye. Oke Puan Dokte...

Hari Isnin, tanggal 7 Februari 2011, pergi lah aku ke Hospital Klang.. Terus ke unit kecemasan.. Woot..wooot... Cemas sangat kot.. Adedehh.. Merempit sebab nak elak jammed.. Cik Ita benci jammed ok.. Sampai kat kaunter, amek nombor.. Tunggu nak kena panggil untuk check pressure pun kena tunggu 1 jam.. Adoi, sampai tertidur Cik Ita kat kerusi menunggu tu..I memang biasa tidur kat mana-mana pun..Ehehehehe...Brrrr..brrrr...(Bunyi vibrate hp)..hahaha... Bos calling... Hello, Cik Zurita, dah buat dah medical chekup.? Oh..Encik Bos, tengah tunggu giliran ni.. Ok ok..Nanti dah habis bagitahu la ape-ape cerita ok.. Baik Encik Bos.. See..Aku terharu kot, Bos aku adalah seorang yang caring terhadap pekerjanya..Err.. I means, pekerja yang sedang praktikal di tempat beliau..Ok ok...Tak nak cerita, nanti aku nanges.. Waaaaa........

Tik tok tik tok..... AKHIRNYA...Nombor aku dipanggil jugak untuk check pressure je kot.. Darah tinggi..NO.. Demam...Ada sikit... 37.8"c.. Batuk.. Uhuk-uhuk...Dah seminggu...Selesema.. Ada sikit.. Ok..Itu je..Tunggu kat luar,nanti bilik 7 akan panggil adik dengan nombor yang sama ok...

Ayoyyoooo.. Kena tunggu lagi ka..?Aku keluar..Tunggu..Menguap..Huargghhh.. Haish, hospital ni tak cukup oksigen ke..?Asyik buat aku mengantok je... Hukhukhuk...Ok ok.. Eh.. Budak India gemok ni kan datang lagi awal daripada aku..Tak kena panggil lagi ke..? Aiseh..Now, aku tahu dah nasib aku.. A long long long long .....Huagrrhhhh..Ngantok OK..!! G kantin dulu la.. Ermm..Penuh.. Carik surat khabar.. Harian Metro... Pegi duduk kat kerusi tadi, baca surat khabar... Sayup-sayup aku dengar.. ZURIDA..! ZURIDA..!ZURIDA..! Ermm...Aku pandang nurse tu, kau panggil nama aku ke..? Tapi kenapa lain macam je...? 4054.!! Eh, tu nombor aku..Hahahaha.. Sah sah...Memang nama aku... Apesal la salah panggil nama aku Puan Nurse oiii....

Masuk lah aku ke bilik no.7.. Aku tengok kat kertas kaler kuning tu.. Ade tulis nama ZURIDA.. Aku bagitau dokte.. Dokte, nama saya ZURITA, bukan ZURIDA.. Ok...Zurita, facial weaknesess ye..? Sebelah kiri ye.. Urmm... Calling unit fisioterapi..Bla..bla...blaa.... Then, ciap..Ok, Cik Zurita,ni surat ke Unit Fisioterapi, Cik Zurita terus pegi ke unit tu terus la ye.. Errr.. Dokte, nak MC bleh..? Boleh..boleh....Ni description ubat, pegi kat Farmasi,amek ubat ok..! 

Keluar bilik, eh, MC kene amik kat Farmasi ke..? Hurmmm... Di Farmasi.. Blaa...blaa..blaa... Makan ubat ye.. Hehehehe... Cik, MC amek kat mana ea..? MC amek kat dokte... Aikkk..?? Hahahahaa... Apalah, mana lah aku tahu.. Tak penah g sepital kot.. Lalala.. Tahan malu, dok depan bilik dokte tu blik sampai pesakit kat dalam keluar, baru aku masuk..

Petang tu, lepas tertido kat surau sepital sampai pukul 2.45 petang, baru lah pegi kat Unit Fisioterapi tu sebab mula-mula aku pegi tadi tutup..Lunch hour... Alih-alih, just buat appointment je.. Ceh... Ok ok.. Di maafkan sebab baru first time datang ok... Ok, Appointment pukul 8pagi, Hari Khamis....

 -THE END FOR 1 DAY STORY AT HOSPITAL KLANG-



Eh...Lupa plak.. Kredit to Encik Nabil (Bos no.2 saya) sebab malam tu dia call, tanya pasal symptom penyakit Cik Ita ni.. Then, dia tolong tanyakan pada Kakak dia yang jadi Dokte pakar kat HUKM(Kalau tak silap dengar la)...Hehehehe... Then, dia msg...

"Bell's Palsy. Baca tentang sign and symtom n tengok sama dok dgn kwn be. Baca ttg treatment ang prognisis (apa jangkaan sembuh). ITA, SEARCH INTERNET N STUDY. BETUL KATA DR TU BUAT PYSIOTRPY"

Hehehehe... Ok bos...

Luahan



I just wanna you care of me when I sick.. Thats all..


Treatment for Bell’s Palsy

There is no curative treatment for Bell's palsy. Symptoms, especially in the eyes, are treated to prevent permanent damage. Treatment also attempts to reduce inflammation of the facial nerve.



Eye Care in Patients with Bell's Palsy

Bell's palsy usually affects the eye on the affected side of the face. Continuous eye care is required until the condition resolves. Patients are often unable to blink or close their eyelid completely, which can lead to eye problems and permanent damage, if the eye is not cared for properly.
Blinking and closing the eyelid helps move tears across the eye and into its drainage channels. Tears are continuously produced to maintain moisture in the eye, remove metabolic waste products and environmental debris (e.g., dust, ash), keep the eye's outer surface smooth, and deliver nutrients to underlying tissues.
When the eyelid is unable to blink or close, tears are not moved across the eye surface and the eye dries out. The closed eyelid holds moisture in and on the surface of the eye during sleep. If the lid does not close during sleep, the uncovered cornea is exposed to the environment. This causes dryness and possibly injury because of exposure to foreign bodies. Patients experience a gritty feeling in their eye, dryness, and burning.
Daytime treatment of the eye is relatively simple. Artificial tears are instilled about every 2 hours to keep the eye moist and patients can manually close the affected eye to keep moisture in and debris out. Sunglasses can help protect the eye from injury and reduce dryness by decreasing exposure to wind.
At night or during sleeping, a heavy lubricant is usually placed in the eye and the eyelid is taped shut to reduce dryness and the risk for injury.

Medications to Treat Bell's Palsy

Corticosteroids, such as prednisone, are used to reduce swelling and inflammation of the facial nerve. Whether or not this treatment speeds up healing and improves the chances for complete recovery has not been determined. Once the decision has been made to use corticosteroids, they should be started within 2 days after symptoms develop. Treatment is continued for 1 to 2 weeks.




Treatment with antiviral agents such as acyclovir may be beneficial. Acyclovir and prednisone used together are more effective than prednisone alone. The acyclovir-prednisone combination is most effective when begun as soon as possible after the onset of symptoms. One recent study found that patients had a 100% recovery rate when treated within 3 days of symptom onset, compared to an 84% recovery rate when treatment was delayed 4 days or longer.

Physical Therapy and Bell's Palsy

A special form of physical therapy called facial retraining can help minimize the asymmetrical appearance of the face that occurs when one side is weakened. It improves muscle mobility, even when therapy is initiated years after the onset of Bell's palsy. Hemifacial spasm may be relieved with botulinum toxin injections(BOTOX® Cosmetic).

Other Therapies for Bell's Palsy

Many patients incorporate alternative health care remedies such as acupuncture, traditional Chinese medicine (TCM), and homeopathy regimens into their treatment. Facial exercises may improve muscle tone and help the facial nerve recover. Exercises for Bell's palsy patients have been developed by physical therapists and other specialists.

Bell’s palsy – Lumpuh Otot Wajah Sebelah Sisi

Penyakit Bell’s palsy adalah kelumpuhan yang terjadi pada otot wajah di salah satu sisi yang diakibatkan adanya gangguan pada saraf wajah nomer 7.
Bell’s palsy diambil dari nama Sir Charles Bell, yaitu nama seorang dokter pada abad 19 yang pertama kali menggambarkan penyakit ini dan menghubungkannya dengan kelainan pada syaraf wajah.
Bell’s palsy berbeda dengan akibat dari stroke. Tanda-tanda yang dialami penderita adalah susah menggerakan otot wajah dibagian yang terserang, seperti bersiul atau meniup, tidak bisa berkumur secara baik, mata tidak bisa menutup dan lain-lain.
Penyebab pasti kelumpuhan yang terjadi pada penyakit bell’s palsy masih belum diketahui. Menurut beberapa ahli penyebab terkena penyakit bell’s palsy adalah akibat terkena paparan angin dingin di salah satu sisi wajah cukup lama, tetapi ada juga yang berpendapat bahwa bell’s palsy disebabkan oleh virus herpes yang menetap di tubuh dan aktif kembali akibat factor lingkungan, stress, trauma, atau lainnya.
Penyakit bell’s palsy bisa menyerang siapa saja, laki-laki atau perempuan. Risiko terkena penyakit bell’s palsy pada wanita hamil berpotensi 3X lebih mudah daripada wanita yang tidak hamil. Penderita diabetes, perokok, dan pengguna obat-obatan sejenis steroid berpotensi 4X lebih mudah terserang Bell’s Palsy daripada orang lain. Rata-rata 40.000 orang Amerika setiap tahun menderita Bell’s Palsy.
Penyakit bell’s palsy pada sebagian penderita bisa sembuh tanpa melalui pengobatan, namun dianjurkan untuk melakukan pengobatan dan terapi sehingga proses kesembuhan bisa lebih baik. Secara estetika penyakit ini akan mengganggu fungsi wajah. Proporsi wajah bisa menjadi tidak seimbang Jika tidak ditangani maka akan terjadi kecacatan dengan muka “menyong”.
Langkah Pencegahan
Beberapa cara yang bisa ditempuh untuk menghindari atau mencegah terkena penyakit bell’s palsy seperti yang disarankan oleh Dokter Syaraf adalah:
· Jika berkendaraan motor, gunakan helm penutup wajah penuh atau rapat untuk mencegah angin mengenai wajah.
· Jika tidur menggunakan kipas angin, jangan biarkan kipas angin menerpa wajah secara langsung. Arahkan kipas angin itu ke arah lain. Jika kipas angin terpasang di langit-langit, jangan tidur tepat di bawahnya. Dan selalu gunakan kecepatan rendah saat kipas dijalankan.
· Bila sering kerja lembur sampai larut malam, jangan mandi air dingin di malam hari. Selain tidak baik untuk kesehatan jantung, juga tidak baik untuk kulit dan syaraf.
· Bagi penggemar panjat gunung, selalu gunakan penutup wajah / masker dan pelindung mata. Suhu rendah, angin kencang, dan tekanan atmosfir yang rendah berpotensi tinggi menyebabkan Anda menderita Bell’s Palsy.
· Setelah berolah raga berat, JANGAN LANGSUNG mandi atau mencuci wajah dengan air dingin.
(sumber : obatpropolis.wordpress.com)

Lumpuh sebelah wajah

Cuma perlu pastikan masalah kelumpuhan bukan disebabkan angin ahmar 
(Oleh Hafizah Iszahanid)

BUKAN semua masalah kelumpuhan saraf muka (facial nerve
paralysis) disebabkan serangan angin ahmar. Ada kalanya, ia disebabkan
jangkitan penyakit (seperti masalah bell palsi) atau komplikasi
pembedahan.

Ketua Jabatan Oral dan Pembedahan Maksilofasial, Universiti
Malaya (UM), Prof Dr Zainal Ariff Abdul Rahman, berkata serangan angin
ahmar adalah satu daripada punca kelumpuhan itu.

Dr Zainal Ariff berkata, kelumpuhan saraf muka bermaksud lumpuhnya
struktur saraf pada muka kerana di bawah kulit, laluan saraf muka
adalah panjang dan berbelit-belit. Justeru, ia sensitif dan banyak
faktor yang boleh menyebabkan kelumpuhan saraf muka terjadi.

�Saraf pada muka membolehkan seseorang itu tersenyum, masam
dan melahirkan ekspresi wajah. Namun, gangguan pada saraf muka
menyebabkan saraf muka lumpuh. Perkara paling serius apabila berlakunya
kelumpuhan saraf muka adalah penjagaan mata kerana ia tidak boleh
ditutup sekali gus memudahkan kornea tercedera,� katanya.

Bagaimanapun, katanya kelumpuhan saraf muka adalah masalah
sementara kerana ia boleh dirawat. Namun, masalah itu masih boleh
berulang. Kelumpuhan saraf muka bagaimanapun bukan satu penyakit
sebaliknya gangguan yang disebabkan oleh banyak penyakit.

Antaranya gangguan pada saraf muka, serangan angin ahmar,
kecederaan, bell palsi (masalah gangguan saraf yang disebabkan virus),
ketumbuhan di otak, pembedahan membuang kelenjar air liur atau
pembedahan laluan saraf yang terkena pada saraf.

�Kelumpuhan saraf muka lebih kerap terjadi pada lelaki dewasa
manakala faktor yang paling biasa adalah bell palsi. Selalunya, bell
palsi dikaitkan dengan jangkitan virus seperti herpes atau influenza,�
katanya.

Virus itu bagaimanapun virus yang biasa dan tindak balas
individu yang mempengaruhi jangkitan. Misalnya pada sesetengah orang,
sistem imun tubuhnya bertindak balas dengan jangkitan vitus yang
menyebabkan keradangan pada saraf. Apabila ia bengkak, saraf sukar
melepasi laluan yang kecil mencetuskan simptom bell palsi.

Selain bell palsi, faktor lain yang boleh menyebabkan
kelumpuhan saraf muka adalah komplikasi ketika pembedahan pada muka
kerana doktor tersalah potong saraf muka yang panjang dan berselirat.

Gejala kelumpuhan saraf muka



  • Mata yang tidak boleh ditutup 





  • Muka yang herot 





  • Mata kering





  • Lidah hadapan tiada sensasi (pada bahagian muka yang terjejas)

    Rawatan
    Rawatan biasanya adalah pemberian dos steroid yang tinggi dan
    menutup mata pesakit bagi melindungi kornea atau meletak pesakit di
    tempat yang gelap.

    Peluang untuk pulih semula tinggi kalau pesakit dirawat dengan segera.
    Namun, perlu dipastikan apakah ia masalah kelumpuhan saraf muka
    yang tidak disebabkan oleh angin ahmar.

    Mata yang tidak boleh tertutup ditangani dengan pembedahan
    kecil meletakkan emas dalam kelopak mata atas untuk memberatkannya dan
    membolehkan mata ditutup dan dibuka seperti biasa.
  • K.O.S.O.N.G

    Hai,

    Emmm...Start semalam Cik Ita tak de mood... Sebab, First, Cik Ita dapat berita tentang kematian seseorang yang Cik Ita amat sanjungi.. Al-Fatihah..

    Second, baru semalam Cik Ita sedar yang muka Cik Ita dah senget ke kanan. Otot muka sebelah kiri tak berfungsi dengan baik.. Pagi semalam baru sedar time nak kumur-kumur.. "Eh, kenapa air kumuran bleh keluar ni..Padahal, mulut dah tutup rapat ni..".. Tengok cermin.. Try senyum.. Aik.. Apesal senyuman aku senget sebelah kanan.. Ermmm.. Takpe.. Ignore2..Jap2 lagi baik la tu...

    Sepanjang perjalanan ke Bukit Mertajam, rasa kosong plak.. Aik.. Nak minum air pun susah.. Bocor ke hape mulut aku ni..?? Kejap2, buka compac powder, bukan nk toucp up ok..Nak tengok cermin.. Try senyum.. Emm.. Still same.. Senget belah kanan.. Try kembang kan hidung..Aik.. Hidung belah kanan je kembang..
    Air mata tiba-tiba meleleh plak.. Hiash...!!!

    SMS Abg Man.. "Bla..bla..blaa.... cne..?".. Abg Man:" Try cucuk telinga, bagi darah sikit"..
    Cik Ita macam nak pengsan.. Cucuk telinga..???  Cik Ita mintak tolong Cik Ryena yang baik hati membuat pembedahan kecil itu... Ouch..~!! Sakit ok... Cucuk-cucuk tak keluar darah.. Call Abg Man.. "Abg Man, telinga tak mau keluar darah..Cucuk tempat lain tak bleh..".. Abg Man: " Cucuk bagi darah sikit pun tak pe"..
    Ok la.. Telinga sebelah kiri tak mau keluar darah eyh..? Tukar telinga plak.. Cucuk la belah kanan.. Tak mau keluar darah jugak..? Tukar balek belah kiri.. Takpe Cik Ryena, hang cucuk la bagi tembus telinga aku ni pun tak pe, asalkan keluar darah... OMG~!!!

    Akhirnya Cik Ryena berjaya mencucuk sampai mengkeluarkan darah yang hanya beberapa titik je.. Ok la tu.(Gaya Siada AF)..Then,SMS Abg Man semula.. "Abg Man, dah keluar darah..Next step..?".. Abg Man balas."Tunggu 5 minit..tengok, ada perubahan ape-ape tak.. Then, call abg man semula".. Oke Abg Man..
    Haish.. Lambat betul 5 minit ni...

    5 minit kemudian...

    "Abg Man, tak de ape-ape pun perubahan".. Then Abg Man balas.." Ermmm.. Maybe ita ke simptom stroke ni.. Takpe, jumpa kat BM nanti Abg Man check".. Ok... Stroke.. OMG..~!!! Cool Cik Ita.. Cool... Cool.. Jangan nanges-nanges... Haish.. Meleleh jugak.. Yang kau emo sangat ni kenapa..?? Kuat la sikit... Be strong Okk.... Baru simptom... Rilek2...~~~

    Kasih Sayang

    Musim sejuk sudah tiba. Ribuan penguin berbondong-bondong merentasi kawasan Antartika di kutub utara mengharungi perjalanan sejauh 100 kilometer. Selama berminggu-minggu berjalan, kadang-kadang sang penguin berenang, meluncur dengan perutnya di permukaan ais. Matlamat mereka hanya satu, menuju ke suatu destinasi yang sama.

    Pada akhir perjalanan, sang penguin ini bertemu dengan ribuan lagi spesis yang sama berkumpul di suatu dataran ais yang luas terbentang. Sebenarnya, ada tujuan penting disebalik penghijrahan beramai-ramai penguin ini. Dataran luas tempat mereka bertemu inilah lokasi terbaik untuk si penguin bertelur, menetas dan menjaga anak masing-masing.

    Perjalanan memenatkan ini hanyalah sekelumit daripada sekian banyak pengorbanan yang terpaksa dihadapi penguin demi masa depan anak-anak mereka. Cabaran sebenar hanya bermula setelah sang penguin betina bertelur. Setelah bertelur sebiji, sang betina menyerahkan tugas mengeram kepada si jantan. Si betina kembali ke laut memburu sotong dan ikan.

    Sang penguin jantan pula mengambil alih tugas mengeram tanpa sebarang kerenah. Ketika mengeram, penguin jantan berhati-hati membawa telur di atas kakinya bagi melindungi daripada terkena ais dan cuaca sejuk. Pengorbanan penguin jantan menjaga telur sungguh luar biasa dan menakjubkan. Sang jantan terus berdiri sepanjang waktu mengeram telur ketika cuaca sejuk serendah 40 darjah celsius di bawah paras beku.

    Sepanjang tempoh 4 bulan itu, penguin jantan tidak pernah sekalipun meninggalkan telurnya meskipun lapar. Jika telur tersebut ditinggalkan ia akan membeku dan anak yang belum menetas itu akan mati dalam tempoh beberapa minit sahaja. Penguin jantan terus sabar, menahan lapar dan bekorban menunggu telur menetas sehingga separuh berat badannya turun.

    Akhir musin sejuk, telur yang dieram penguin jantan menetas. Anak penguin membuka mata dan melihat dunia. Tapi si anak tetap berada di atas kaki si ayah. Makanan pertama si anak ialah susu daripada tembolok si ayah. Biarpun tidak makan apa-apa selama empat bulan, tatapi ayah tetap bekorban memberi makan anaknya dari temboloknya.

    Pada saat itulah sang penguin betina kembali ke daratan setelah 4 bulan berburu di laut. Si ibu akan menyuap makanan yang tersimpan dalam temboloknya ke mulut anak kecilnya. Setelah sang betina datang, penguin jantan yang kelaparan segera kembali ke laut, memburu sotong dan ikan.

    Setelah kekenyangan, si jantan kembali semula menemani penguin betina memberi makan anak mereka bersama-sama. Sifat penguin jantan yang sabar, penyayang dan romantis menyebabkan haiwan ini jarang bertukar pasangan. Setiap masa, si penguin jantan dan betina sibuk merayu antara satu sama lain, merengek-rengek seperti pasangan kekasih sedang mabuk cinta.

    Sang jantan setia pada si betina berpuluh tahu sehinggalah ada antara mereka menemui ajal. Ketika itu, barulah sang jantan yang jangka hayatnya boleh mencapai 20 tahun, mencari pasangan lain. Sifat penguin yang amay dedikasi, taat setia dan penyayang terhadap anak-anaknya tidak pernah berubah sejak berjuta-juta tahun lalu sampai sekarang.

    p/s: Peliknya, ada antara kita yang bergelar manusia sanggup membuang anak yabg baru dilahirkan ke dalam tong sampah, longkang dan meninggalkannya di tepi jalan. WAS!