Kenderaan Awan

Assalamu'alaikum.

Pada hari Jumaat yang lepas (04/03/2011), saya telah pulang ke rumah saya iaitu di Klang menaiki kenderaan awam berbanding sebelum ini, saya hanya menaiki sebiji motosikal Yamaha Lagenda yang berwarna hijau. Saya menaiki kenderaan awam pada hari tersebut adalah kerana keyakinan untuk menaiki motosikal ke Klang masih lagi tiada berikutan insiden yang saya pernah saya ceritakan dahulu iaitu insiden jatuh motosikal yang sangat dasyat ke dashat..?.

Kenderaan yang terlibat dalam menjayakan misi pulang ke Klang ini adalah sebiji Bas awam, Putra LRT, KTM Komuter dan akhir sekali adalah kenderaan persendirian iaitu Naza Citra kepunyaan abang ipar saya.

Perjalanan saya bermula dengan sebiji bas yang di dalamnya terdapat seorang driver bas, seorang kondukter bas wanita , seorang lelaki yang menjerit-jerit "KOTARAYA KOTARAYA KOTARAYA....!!!!!" sampai nak bagi satu Ampang dengar, seorang mamat yang takde gigi yang gatal meraba-raba makwe dia tengah kerja (kondukter bus tuuu) dan penumpang-penumpang yang sabar dengan kerenah makhluk-makhluk ciptaan Allah sebentar tadi. Saya pun mengambil tempat duduk di sebelah seorang pelajar sekolah menengah berbangsa India.(Tiada isu perkauman ye di sini). "Adik, akak nak turun di Ampang Park la. Kat mana ye sepatutnya akak turun?" tanyaku kepada pelajar tersebut. Lalu dia pun menjawab, "Nanti, ade trafik lite simpang empat, lepas trafik lite tu, akak turun dekat Citibank." Aku pun menjawab, "Terima Kasih adik". :-) Sambil bertanya kepada adik tersebut, aku juga mengirimkan khidmat pesanan ringkas kepada Muhammad Anas Misbah, selaku penduduk tetap Ampang yang kini sedang belajar di UiTM Shah Alam. Aku juga bertanyakan soalan yang serupa kepada beliau untuk mempastikan statement adik tersebut...

bersambung......


2 comments:

Kembang Perawan 3288 said...

siap ade sambungan lagi kau.masuk cerpen Berita harian lah kau. haha

SEKADAR HIASAN said...

nanti takde orang nak bace..huhuhu~