Kerja oh Kerja

Assalamu'alaikum

Well, harini hari pertama aku bekerja kat Arrow Express (M) Sdn. Bhd. Ni company transportation dan logistik. Buat masa ni kerja aku just buat filing. Banyak benda jugak la nak kene buat. Then aku tengok bahagian operation sangat-sangat busy. Tak ape tak ape, slow-slow kayuh pun boleh adoinye pun. Actually, aku saje je apply keje ni. Tak sangka plak, haritu interbiew, haritu jugak dia bagitahu aku dah boleh kerja. Boleh macam tu? Kerja apa kau orang nak tahu? Kerani. Oh. Kerani je? Yeah. Kerani la. Ok, ramai orang bertanya, "kenapa kerja kerani?tak guna la diploma dan degree kau tu."

Hello. Sekurang-kurangnya aku ada kerja daripada manusia yang baru habis belajar dan tak buat ape-ape sambil mohon kerja yang best-best. Ingat kerja best-best tu senang nak dapat ke? Iyelah, ikut la kepada rezeki masing-masing kan. Jadi, kalau rezeki aku buat mase ni hanyalah bekerja sebagai seorang kerani, kau orang nak kata ape? Allah tu dah elok dah bagi ape yang termampu kat hamba Nya. Mungkin buat masa ni aku hanya mampu jadi Kerani. So yeah, takkan kau nak pertikai kerja Dia.

Memang la kerja best macam jadi manager, eksekutif, pegawai DLL memang best, tapi setelah aku belek punya belek punya belek punya belek, kerja-kerja best macam tu nak kena ada pengalaman. See, pengalaman. Yeah, aku sedang berusaha mengutip pengalaman walaupun tak sebest mana pun, ia adalah pengalaman jugak. Boleh masuk dalam resume kau tahu. Hahaha. 

Lagipun,daripada kau duduk rumah, tiap-tiap minggu or tiap-tiap hari mintak mak abah kau orang duit, baiklah kiranya jika kau orang bekerja sendiri. Barulah tahu rasanya bekerja mencari sesen duit. Ni tahunye, menghabiskan duit mak ayah je. Sape rase pedas sila angkat tangan. Tak ade sivik punya orang. Lainlah mak abah kau orang Bill Gates or Mark Zuckerberg or Big Momas. Tak payah kerja pun tak apa. Jadilah kau pemalas tahap dewa. Sekian.

Jadi, kepada rakan-rakan yang berada di luar sana, den nasihatkan, janganlah terlalu memilih kerja. Pilih tu memang la kena pilih.Takkan lah kau nak jadi penari kelab dangdut plak kan. Maksud aku, carilah pengalaman dulu untuk dapatkan kerja yang best. Ok tak? Hak3.




5 comments:

i & u said...

jawatan tak penting, yang penting pengalaman. pengalaman yang akan ajar kita untuk jadi manusia yang berguna. mula dari bawah tak salah. ;)

SEKADAR HIASAN said...

ye..betul tuu..wiwi

Anonymous said...

oo. dip n degree bisnes yek? hope to see u doing fine with ur bisnes soon. x mo makan gaji tau. sia-sia je ler dip n degree tu. good luck.

SEKADAR HIASAN said...

anon : hehehe...degree tak habis lagi...tu yg cari pengalaman dulu dengan orang.... :-)

Kembang Perawan 3288 said...

ko nak belanja aku? bile esok ke?? haha