Assalamu'alaikum..
Hai hai hai. Ok, tajuk yang aku nak bentangkan hari ini ialah BERTERUS TERANG. Ceeewwwwaaaaaahhhhhh.. Sebenarnya saje je nak bual-bual kosong pasal topik ni sebab aku baru melalui situasi yang kita memerlukan diri untuk untuk berterus terang, tapi kita tak nak berterus terang. Jadi berlakulah salah faham yang tidak langsung sepatutnya berlaku.
Tempat: Office
Tarikh: 8 Julai 2011
Masa: 4.17 p.m
Bos aku ni baik hati. Dia suka belikan kami makanan (halal). Pada beberapa minggu lepas, bos telah membelikan kami sebungkus bawang goreng tetapi baru hari kejadian kami terbuka hati untuk membuka bungkusan tersebut. Kak Aziah mensuruh Chay pergi ke dapur dan membasuh bekas-bekas yang ada untuk meletakkan bawang goreng tersebut ke dalam bekas tersebut. Setelah siap membasuh bekas-bekas tersebut, aku pula telah ke dapur untuk meletakkan bawang goreng tersebut ke dalam bekas tersebut. Ada 4 bekas kesemuanya. Jadi aku penuhkan dulu bekas-bekas yang besar. Kemudian ada satu bekas kecik,aku habiskan meletakkan bawang goreng ke dalam bekas tersebut. Dapatlah separuh bekas kecik tu.
Bekas kecik tu kepunyaan Ms Ng. Masa nak balik(dia balik awal daripada kami), tiba-tiba dia kata "Ape pasal saya punya bekas ada separuh saja bawang goreng?" Aku pun cakap, "Oh,Mis Ng nak bawak balik ea. Nanti saya penuhkan." Kemudian Ms Ng mensahut. "Eh, tak ape la. Tak ape la. Esok saja bawak balik." Lepas tu dia blah. Kemudian Kak Aziah tanya aku balik. "Kenape kau letak Ms Ng punya sikit?". Aku pun jawablah "La,Ita ingatkan kita makan sama-sama bawang goreng tu kat office." Kemudian Kak Aziah pun menterangkan yang rupa-rupanya bekas-bekas tu akan dibawa balik oleh kami. Makan kat rumah la kiranya.
Ooooooohhhh.. Awat tak habaq awal-awal tadi Ms Ng oi. Manalah aku tahu budaya korang kat office tu macam mana. I'm new rite. Then, 13 minit kemudian Ms Ng mentalipon Chay. Chay bagitahu yang dia kecik hati dengan aku sebab bagi dia bawang goreng yang sikit. Hahahaha. Lepas tu dia tanya lagi,kenapa tak asingkan untuk Susan (Akauntan Part Time) jugak? Susan pun pekerja juga walaupun part time. Dah sudah. Kecik hati la, komplain lagi. Apa pasal tak bagitahu depan-depan tadi?
Kalau kau tak puas hati dengan aku, bagitahu depan-depan la. Tak payahlah nak gunakan medium lain sebagai pengantara kan. Kalau kau bagitahu kau tak puas hati dengan aku kan senang. Boleh setel depan-depan. Tak payahlah nak HIPOKRIT sangat ok. Takkan lah pasal bawang goreng yang tak seberapa tu nak gaduh dan kecik hati dengan aku. KELAKAR SUNGGUH LA KAU NI. *Gelak guling-guling-guling-guling*
********************************************
Oleh kerana Ms Ng tak nak berterus terang time kat office tadi, dah jadi huru-hara. Kak Aziah dan Chay pula start talking about Ms Ng itu la, Ms Ng ini la. Dah masuk bab mengumpat plak. Kan dah berkait-kait tu. Nampak tak? Kalau iye pun aku salah, say something la. Jangan buat aku jadi macam orang bodoh kat office tu.
Habis dah. Tenkiu.
No comments:
Post a Comment